PTD - Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
Assalamualaikum semua. Jadi entri pertama tentang perjalanan memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ni adalah tentang peperiksaan online . Bahasa mudahnya ialah online exam . Biasanya, pihak SPA akan menjemput calon-calon yang menepati kelayakan dalam awal tahun. Masa tahun 2019, aku dapat jemputan tu bulan 5. Tapi untuk tahun 2020 ni, jemputan tu hadir lewat sikit. Tahun ni, online exam bulan 8. Mungkin sebab Covid-19 plus pulak dengan PKP memanjang. Mungkin lah kut. So, macam mana nak terima jemputan daripada pihak SPA untuk online exam ni? Pastikan anda semua mendaftar dan memohon jawatan PTD ni di portal SPA9. Haa, jangan guna SPA8i pulak sebab SPA dah upgrade sistem mereka ke SPA9. Untuk cara-cara macam mana nak daftar tu, kome semua boleh la jenguk-jenguk portal rasmi SPA tu. Ada ditunjukkan cara-cara nak mendaftar step by step siap gambar lagi. Basically, online exam ni ada 3 bahagian iaitu; Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah, dan Kefahaman Bahasa Ing...
