Permulaan Kata

 Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, hari ini aku terdetik untuk memulakan penulisan di blog secara rasminya. Mulanya, aku bercadang untuk menulis pengalaman aku sekiranya aku berjaya melepasi temu duga Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) untuk sesi 2021. Tapi, aku fikir buat apa nak letakkan syarat sebegitu kan? Lebih baik mulakan secepat yang mungkin agar segala pengalaman yang aku timba sepanjang proses pengambilan PTD ni boleh memberi manfaat kepada orang lain. Mungkin juga buat aku jika aku gagal terpilih sebagai Kadet PTD 2021.


Jawatan PTD yang menjadi rebutan di SPA saban tahun.


InsyaAllah, aku akan cuba menulis secara santai dan mudah difahami, tak mungkinlah nak guna Bahasa Melayu Tinggi (lol). Dan moga-moga segala perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada mereka di luar sana yang meminati bidang pengurusan awam atau lebih spesifik sebagai PTD.

Untuk entri-entri seterusnya, aku akan mulakan penulisan tentang pengalaman seperti berikut:

1) Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Tadbir Diplomatik M41

2) Profession Assessment Centre (PAC) Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik M41

3) Temu Duga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

So, setakat ni je lah pengalaman yang aku mampu kongsikan. Jika aku berjaya melepasi temu duga, InsyaAllah aku akan teruskan penulisan untuk berkongsi segala pengalaman dalam perjalanan sebagai Kadet PTD yang perlu mengharungi Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 10 bulan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

InsyaAllah, jumpa lagi di entri seterusnya. Doakan aku sempat habiskan semua coretan ni ketika masih cuti ni. Kalau dah masuk kerja balik, confirm takkan siap.

Stay safe semua.

Adios.

Comments

Popular Posts