PTD - Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)

 Assalamualaikum semua.

Jadi entri pertama tentang perjalanan memohon jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) ni adalah tentang peperiksaan online. Bahasa mudahnya ialah online exam. Biasanya, pihak SPA akan menjemput calon-calon yang menepati kelayakan dalam awal tahun. Masa tahun 2019, aku dapat jemputan tu bulan 5. Tapi untuk tahun 2020 ni, jemputan tu hadir lewat sikit. Tahun ni, online exam bulan 8. Mungkin sebab Covid-19 plus pulak dengan PKP memanjang. Mungkin lah kut.

So, macam mana nak terima jemputan daripada pihak SPA untuk online exam ni? Pastikan anda semua mendaftar dan memohon jawatan PTD ni di portal SPA9. Haa, jangan guna SPA8i pulak sebab SPA dah upgrade sistem mereka ke SPA9. Untuk cara-cara macam mana nak daftar tu, kome semua boleh la jenguk-jenguk portal rasmi SPA tu. Ada ditunjukkan cara-cara nak mendaftar step by step siap gambar lagi.

Basically, online exam ni ada 3 bahagian iaitu; Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah, dan Kefahaman Bahasa Inggeris.



Ni lah surat cinta daripada SPA untuk jemput korang semua jawab online exam. Semua info berkaitan exam ada ye. Jangan lupa tarikh, masa dan kata laluan!

Kalau nak diikutkan, SPA ni baik tau. Sebab kita ada masa yang cukup untuk buat latihan dan ulang kaji sebelum exam. Cuma nak kena tau jugak lah format soalan exam dia macam mana kan? Sesungguhnya, exam ni hanyalah pilihan jawapan A,B,C,D sajoo. Soalan objektif je ye. Jangan risau, takde soalan subjektif kena buat ayat-ayat power ke apa atau kena lukis/sketch or whatsoever. Cuma cabaran dan halangan untuk online exam ni adalah MASA! Ya, anak-anak bangsaku sekalian. Cabaran atau musuh anda yang nyata adalah masa ye. Nampak macam lama kan masa yang diberi? Ketahuilah, itu hanyalah dusta belaka. Hahaha. Kalau kita tak reti nak uruskan masa menjawab dengan baik, maka siap sedialah keluarkan senapang patah, senapang gajah, waima meriam katak sekali untuk menjawab secara rambang kesemua soalan. Itu yang terjadi pada aku masa pertama kali menjawab online exam ni. Keputusannya, haruslah gagal! Hahaha.

So, untuk kesempatan kali ini, aku lebih bersemangat dan nak lebih bersedia. Lepas dapat emel daripada SPA ni, aku terus google pasal pengetahuan am atau isu-isu semasa di Malaysia. Tak cukup dengan tu, aku cuba cari contoh soalan-soalan online exam PTD ni. InsyaAllah ada je yang orang kongsikan di Facebook ataupun carian bebas. Kalau ada modal, boleh lah beli koleksi nota dan soalan untuk online exam ni. Option ni bagi aku lebih memudahkan urusan kita untuk ulangkaji, so jimatlah masa daripada nak cari sekian-sekian di carian internet. Cuma modal kena ada lah. 

Secara ringkas, boleh aku kongsikan bahawa:


1) Pengetahuan Am

Bab ni, korang kena tahu latar belakang negara (Rukun Negara, Institusi Raja Berpelembagaan, sistem pentadbiran etc), dasar-dasar kerajaan, siapa government of the day, kementerian-kementerian, teknologi maklumat dan isu-isu semasa dalam dan luar negara. Tough kan? 40 minit untuk 50 soalan. Okay kan? Hehe.


2) Daya Menyelesaikan Masalah

Untuk bab ni, kalau boleh buatlah latihan matematik PT3. Soalan banyak berkaitan tentang penyelesaian masalah kelajuan/masa, purata, nisbah, pecahan dan bearing. Bagi aku, soalan bab ni tak susah dan tak mudah. Tapi, boleh jadi mudah kalau kita faham soalan dan tau apa yang soalan mahukan. Keyword dia kat sini, fahamkan soalan. Dan pastikan korang gunakan kalkulator saintifik ye, bukan kalkulator kedai mamak tu. Laju lah sikit buat job. Hehe. 45 minit untuk 40 soalan. Boleh ke jawab semua tu? Cukup masa? Hehe.


3) Kefahaman Bahasa Inggeris

Bab ni pun taklah susah sangat sebab soalan dia tentang grammar dan seterusnya baca short essays untuk jawab soalan-soalan yang diberikan. Cuma kat sini, kuncinya adalah baca essays tu dengan tenang. InsyaAllah, jawapan dah ada cuma dorang twist sikit je nak bagi kita keliru. So, kalau perlu boleh je buat latihan MUET sebab format dia lebih kurang sama je. So, 30 minit untuk 30 soalan. 


Untuk exam kali ni, aku mohon masuk kerja lewat sikit. Sebab tak nak jawab kat ofis, nanti orang kata aku curi tulang. Maklumlah, mulut orang kan. Dan seperti biasa, masalah server tetap menghantui sesi online exam untuk PTD. Aku antara yang terkesan sebab tak berjaya nak jawab soalan Bahagian 1 - Pengetahuan Am. Bayangkanlah, dah buka server link tu sejam awal, pastu soalan tak keluar-keluar pun sampailah habis waktu. Aku dah mula nak give up je, rasa menyesal pulak siap minta masuk kerja lewat. Hahaha sedih. Tapi Alhamdulillah, SPA mendengar komen dan masalah yang dihadapi calon-calon yang terkesan. Maka, SPA keluarkan pemberitahuan bahawa calon-calon yang terkesan dengan masalah server tu untuk jawab Bahagian 1 pada pukul 2:00 petang hari yang sama. Alhamdulillah, aku sempat jawab semua soalan dengan baik.

Terima kasih SPA sebab bagi peluang untuk menjawab online exam. Sekarang ni, berdoa agar keputusan yang positif pula bakal diterima. Ameen.

InsyaAllah, jumpa lagi di entri yang seterusnya.


Stay safe semua.

Adios.


Comments

Popular Posts